Assalamualaikum..
Segala Puji Bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW..
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya( Muhammad SAW ) pada malam hari dari Masjidil Haram ( di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui"
[Surah Al-Isra' : Ayat 1]
[Surah Al-Isra' : Ayat 1]
Agungnya malam Isra' Mi'raj, Malam Makhluk yang Unggul keperibadian dan Akhlaknya, Kekasih Allah, kehadiran Rasulullah diraikan oleh penduduk Langit dan Bumi dengan kecintaan yang luas...
Ya Hanana, Beruntung nya kita nih sebagai Ummat Rasullullah!
Baiklah kita terus kepada Tajuk post kita...Malam Isra' Mi'raj..
Ape tu Malam Isra' Mi'raj?
Nama orang ke?
Aku ade kawan nama Isra', tp Mi'raj xde la pulak..hmm
OK.. First sekali meh kita pi pada definisi Isra' Mikraj
Maksud Isra' Mikraj
Kalao malas baca tgk video nih ^_^
part 1: Ceramah Isra' Mikraj Ustaz Kazim Elias
part 2: Ceramah Isra' Mikraj Ustaz Kazim Elias
Isra' : perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masjid al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Mikraj: naiknya nabi s.a.w kelangit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umumnya tegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "
asra bi'abdihi lailan
" yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam."
Perkataan hamba yang dimaksudkan di siniiaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlakupada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi
"asra bi ruhi 'abdihi lailan"
yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya dimana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaantubuh dan ruhnya serentak.
Pandangan Orang beriman dan tidak beriman
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w.Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali.
Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinanyang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

No comments:
Post a Comment