Friday, April 20, 2018

Apakah yang menyebabkan kita menjadi malas

Hidup ini adalah perjuangan, 
semangat adalah seperti tunggangannya, 

PERTAMA

apabila kita mula menjadikan azam dengan semangat dan minat dalam melaksanakan sesuatu perkara, perkara pertama sekali yang akan kita jumpa ialah rasa putus asa yang merupakan musuh paling ketat yang akan melemahkan kekuatan kita, maka peganglah kata-kata ini :

“janganlah sekali-kali menyerah!”

BERLAKU ADIL

Kadang-kadang disebabkan kita ingin cuba mengatasi seseorang, kita bersaing dengan dia, (walaupun secara baik) kita mungkin akan menutup pintu-pintu untuk pesaing kita atau cuba untuk mencantas pesaing kita yang kadangkala juga adalah sahabat kita. atau kita akan rasa lemah semangat kerena tidak mampu mengatasi atau menyaingi sesorang. Ingatlah bahawa perkara ini adalah suatu bentuk kezaliman kepada orang lain dan diri kita

Oleh itu, hantarlah maksud 

“Jadikanlah diri kamu sebagai milik Allah” 

berlaku adillah pada dirimu sendiri dan orang lain, jadikan diri kita ini sebagai milik Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana

TERBURU-BURU

Selepas itu akan muncul pula sikap terburu-buru yang akan mengelirukan semangat kita dengan meninggalkan perkara yang utama yang akan menggelincirkan jejak langkah semangat tadi, 
dalam keadaan itu ambillah kamu maksud :

“sabarlah dan kuatkanlah kesabaran dan bersedialah menghadapi mereka”

sebagai penangkis kamu. 

PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Kemudian muncul pula pendapat peribadi yang tidak pedulikan kepentingan orang lain di medan pertempuran itu yang hanya akan menghancurkan harapan manusia yang di antara tanggungjawabnya ialah memelihara hak-hak masyarakat dan negara serta hak-hak perjuangan kita sendiri yang asalnya adalah atas kesedaran bermasyarakat. 

Dalam keadaan itu hantarlah seorang pejuang yang semangatnya berkobar-kobar yang bertepatan dengan kata-kata 

“sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada mereka” 

untuk melawannya. 

MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KELEMAHAN ORANG LAIN

Kemudian mengambil kesempatan sifat santai dan malas orang lain dan memulakan serangannya mematahkan semangat mereka. bukan itu sahaja, diatas kelemahan orang lain juga menjadi alasan kepada kita untuk berlepas tangan dan menyebabkan semangat kita luntur kerana orang lain.

jadikanlah kamu 

“kepada Allah dan bukannya kepada selainNya hendak orang mukmin itu bertawakkal” 

yang merupakan benteng kuat yang akan mempertahankan semangat. 

KURANG YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI
Kemudian apabila satu musuh yang amat ketat ini muncul, iaitu sikap suka meninggalkan kerja untuk dibuat orang lain yang kerana kelemahan dan tidak mempunyai keyakinan diri, 

Anda harus menjadi bersemangat dan memupuknya serta jadikanlah ayat ini sebagai inspirasi 

“orang yang sesat itu tidak akan memberikan kamu apa-apa kesan apabila kamu mendapat petunjuk” 

untuk kamu tundukkan sikap tersebut agar ia tidak dapat melemahkan semangat. 

TIDAK DAPAT KEPUTUSAN YANG MEMUASKAN
Apabila kita terlalu memikirkan tentang hasil dan kadangkala kita gagal atau tidak capai target kita, ia menampar kuat semangat juang kita dan cuba menutup cita-cita dan harapan serta menutup pintu-pintu potensi dan idea, 

fahamilah makna ayat 

“Tetaplah pada jalanmu sebagaimana kamu diperintahkan”, 

dan juga 

“janganlah kamu cuba menjadikan tuanmu di bawah telunjukmu” 

sehinggalah kalian mampu menghalangnya. 

SUKA BERMALAS
Kemudian timbul pula sikap suka bersantai yang sebenarnya adalah segala macam kesulitan yang bakal timbul serta sebab segala kegagalan kerana ia akan membantutkan semangat kerja yang akan menukarnya menjadi putus asa, 

dalam keadaan itu kalian hantarlah pahlawan ayat yang bermaksud

 “Sesungguhnya tidaklah bagi manusia itu kecuali apa yang mereka usahakan” 

kepada musuh tersebut;


“Sesungguhnya dalam kesusahan itu terdapat keselesaan, sesungguhnya manusia itu fitrahnya semangatnya membara, keselesaannya ialah dalam terus berusaha dan berjuang”.

1 comment:

Apakah yang menyebabkan kita menjadi malas

Hidup ini adalah perjuangan,  semangat adalah seperti tunggangannya,  PERTAMA apabila kita mula menjadikan azam dengan semangat da...